Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pemain pilihan utama tarik diri, Thiem mara

    WINSTON-SALEM, 24 OGOS – Dominic Thiem, yang bermain dalam kejohanan pertama di Amerika Syarikat (AS) sejak memenangi Terbuka AS 2020, berjaya menewaskan pemain pilihan utama, Grigor Dimitrov dalam dua pusingan di Terbuka Winston-Salem, selepas Dimitrov menarik diri kerana pening kepala.

    Dimittrov ketika itu mendahului 6-0, 2-4.

    “Ini bukan cara yang saya inginkan untuk memenangi perlawanan, terutama menentang Grigor,” kata Thiem.

    Thiem meningkat ke kedudukan ketiga dunia pada 2020, iaitu ranking tertinggi sepanjang kariernya, dan kekal berada di kedudukan lima teratas sehingga dia mengalami kecederaan pergelangan tangan 14 bulan lalu.

    Maxime Cressy dari AS, pemain pilihan keempat, mara ke pusingan ketiga setelah mencatat kemenangan 6-3, 6-3 ke atas James Duckworth dari Australia, dan rakan senegaranya, Steve Johnson menewaskan pemain pilihan ke-12, Pedro Martinez dari Mexico dengan keputusan 7-6 (2), 6-2.

    Aksi Dominic Thiem membuat pukulan semasa pertemuan menentang Grigor Dimitrov di pusingan kedua Terbuka Winston-Salem, kelmarin. – AFP

    Pemain pilihan kelima, Lorenzo Musetti dari Itali menerima kejutan di pusingan kedua oleh pemain Perancis, Richard Gasquet 7-6 (5), 4-6, 6-1 dan pemain pilihan keenam, Nikoloz Basilashvili dari Georgia tewas kepada Thiago Monteiro dari Brazil dengan keputusan 6-4, 6-1.

    Sementara itu, Adrian Mannarino dan Benjamin Bonzi dari Perancis juga mara selepas melakar kemenangan di pusingan kedua.

    Mannarino mudah menjinakkan pemain pilihan kesembilan, Emil Ruusuvuori dari Finland 6-4, 6-1, manakala pemain pilihan ke-10, Bonzi menyingkirkan Peter Gojowczyk dari Jerman, 6-4, 6-2.

    Pemain Australia, Jack Draper dan Jason Kubler turut mencatat kemenangan, bersama pemain Serbia, Laslo Djere, yang menewaskan pemain pilihan ke-16 Joao Sousa 4-6, 6-3, 7-6 (5).

    Dalam aksi beregu, pasukan pilihan pertama, Nikola Mektic dan Mate Pavic dari Croatia mara dengan keputusan 6-4, 6-3 ke atas pasangan Aleksandr Nedovyesov dan Aisam-uul-Haq Qureshi. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...