Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pemain PSG dicemuh peminat sendiri

    PARIS, 14 MAC – Paris Saint-Germain (PSG) berjaya menundukkan pasukan bergelut, Bordeaux 3-0 semalam di tengah-tengah cemuhan peminat tuan rumah yang ditujukan kepada pemain bintang termasuk Lionel Messi dan Neymar yang berang selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara.

    Dalam suasana suram di ibu kota Perancis, hanya Kylian Mbappe, yang menjaringkan dua gol semasa kekalahan di Liga Juara-Juara kelompok 16 terakhir di tangan Real Madrid, terlepas daripada cemuhan peminat.

    Semalam, Mbappe sekali lagi berjaya menjaringkan gol, menggegar gawang pada minit ke-24 dengan Neymar dan Leandro Paredes menambah dua gol pada separuh masa kedua.

    PSG kekal mendahului 15 mata di depan Marseille dan Nice dan berada dalam landasan betul untuk menyamai rekod kejuaraan Perancis yang dipegang oleh Saint-Etienne iaitu sebanyak 10 kali, namun kekecewaan peminat tuan rumah sukar ditahan.

    Pemenang Ballon d’Or tujuh kali, Messi dicemuh buat kali pertama dalam kariernya dan peminat bersiul setiap kali dia memegang bola.

    Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino berkata pemain memberi respons terhadap keganasan itu ‘dengan kesedihan’.

    “Tiada sesiapa yang meminati PSG dan merasa kecewa di atas penyingkiran itu, mampu merasai perasaan yang berlainan.

    “Kesedihan. Saya rasa itu perkataan yang tepat. Sedih dengan pengalaman petang seperti ini di Parc des Princes.” – AFP

    Aksi pemain penyerang PSG, Messi menggelecek bola melepasi pertahanan Bordeaux semasa pertemuan di Parc des Princes, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...