Pemain remaja sandaran England, Itali

PARIS, 9 OKT – England dan Itali menghampiri kelayakan Euro 2020 ketika skuad muda berbakat kedua-dua negara itu mencari kemenangan tunggal bagi menjamin tempat di kejohanan penting dengan hanya beberapa pertandingan lagi perlu diharungi.

Kedua-dua negara ini adalah dua daripada lima pasukan yang layak ke aksi pusingan kejohanan musim panas akan datang yang berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober. Sepanyol dengan pesaing Kumpulan I Belgium dan Rusia juga cuba mendapatkan tempat awal.

Dengan dua pasukan layak dari setiap 10 kumpulan, England hanya perlu menang di Republik Czech Jumaat ini bagi memastikan kelayakan daripada lima pasukan Kumpulan A selepas empat kemenangan meletakkan pasukan Gareth Southgate empat mata di depan Kosovo yang menduduki tempat ketiga. Southgate telah berusaha membina England untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dengan pasukannya menjaringkan 19 gol dalam kempen kelayakan yang agak dominan.

Pengurus England itu telah dibantu oleh Raheem Sterling, 24, yang selepas menjaringkan empat gol dalam 47 penampilan pertama untuk England dan menyumbat enam gol dalam enam aksi terakhirnya bersama The Three Lions.

Southgate juga memanfaatkan kemunculan pemain muda seperti Declan Rice, 20, dan pemain berusia 19 tahun, Jadon Sancho, yang menjaringkan gol pertama buat England dalam kemenangan 5-3 ke atas Kosovo dan menjadi pemain utama Borussia Dortmund. – AFP