Pemain sayap Nigeria, Simon milik Nantes

RENNES, PERANCIS, 16 JUN – Nantes membuat pilihan mereka untuk menandatangani pemain antarabangsa Nigeria, Moses Simon dalam perjanjian empat tahun setelah kempennya yang mengagumkan ketika beliau dipinjamkan di kelab Perancis musim lalu.

Simon, 24, menjaringkan sembilan gol dan lapan assist dalam 30 perlawanan untuk Nantes setelah menyertai kelab tersebut dengan pinjaman selama setahun dari pasukan Sepanyol Levante Ogos lalu.

“Dia pantas dan sangat kuat dari segi teknikal. Dia juga hebat di bahagian serangan. Dia mimpi buruk kepada semua pemain pertahanan,” kata jurulatih Nantes, Christian Gourcuff mengenai Simon, yang dipilih pemain terbaik oleh penyokong kelab. Simon mempunyai 30 penampilan untuk Nigeria dan berada dalam skuad yang menduduki tempat ketiga di Piala Negara-negara Afrika tahun lalu di Mesir. – AFP