Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemain snuker Malaysia disaran sertai program latihan MSN

    KUALA LUMPUR, 16 NOV – Pemain snuker Malaysia disarankan menyertai program latihan sepenuh masa kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan mereka layak menikmati elaun latihan ditawarkan.

    Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin mengakui pernah menawarkan tempat kepada pemain snuker ke dalam program itu, namun mereka tidak dapat menyertainya susulan komitmen di tempat kerja.

    “Masalahnya mereka ini bekerja, ada majikan, ada yang miliki perniagaan sendiri. Jadi mereka tak dapat penuhi syarat program sepenuh masa di sini (MSN), itu isu utama dihadapi sukan snuker dan biliard ini,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Atlet Fasa 1 Sukan SEA Kemboja 2023 di sini, kelmarin.

    Walaupun pemain snuker tidak menjalani program bersama MSN, Jefri berkata pihaknya tidak pernah meminggirkan sukan berkenaan dengan memberikan peruntukan diperlukan sejak tahun 2017 termasuk tiga edisi Sukan SEA serta Kejohanan Snuker Amatur Dunia 2022 di Antalya, Turkiye.

    Jumaat lepas, Lim Kok Leong mencipta sejarah muncul pemain snuker pertama Malaysia menjuarai Kejohanan Snuker Amatur Dunia selepas mengetepikan cabaran juara snuker Asia, Amir Sarkhosh dari Iran 5-0 (68-63, 67-42, 78-0, 80-7, 73-54). – Bernama

    Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias (tengah) ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Atlet Fasa 1 Sukan SEA Cambodia 2023 di MSN kelmarin. Turut hadir Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Cambodia 2023, Datuk Mohd Nasir Ali (kanan) dan Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...