Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Pemain tengah Arsenal tandatangani kontrak baharu

    LONDON, 25 MEI – Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny telah menandatangani kontrak baharu bersama kelab Liga Perdana itu.

    Pemain antarabangsa Mesir tersebut telah menjaringkan lima gol dalam 147 penampilan sejak tiba di Emirates dari kelab Switzerland, Basel pada 2016.

    Tempoh perjanjian baharu bagi pemain berusia 29 tahun itu belum lagi didedahkan oleh The Gunners.

    Pengurus Mikel Arteta memberitahu dalam laman web kelab: “Mo adalah tunggak yang sangat penting dalam pasukan. Beliau memberikan tenaga, semangat dan komitmen yang tidak berkesudahan kepada pasukan serta disayangi oleh semua orang.

    “Dia adalah pemain penting untuk kami di dalam dan di luar padang dan menjadi modal insan kepada pemain muda kami. Saya gembira dia kekal di sini,” tambahnya.

    Elneny membuat 14 penampilan di liga utama musim ini ketika Arsenal menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana. Dia pada masa yang sama turut membantu negaranya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika, di mana mereka ditewaskan menerusi sepakan penalti oleh Senegal.

    Elneny menjulang Piala FA pada musim pertamanya di utara London dan menghabiskan kempen 2019/20 secara pinjaman di kelab Turki Besiktas.

    “Saya mengemari kelab ini dan saya rasa seperti sebahagian daripadanya,” kata Elneny.
    “Saya mahu meneruskan karier saya di kelab yang menakjubkan ini dan saya sangat teruja untuk masa depan saya di sini,” tambahnya lagi. – AFP

    Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny melanjutkan kontrak baharunya bersama The Gunners. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...