Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pemain tenis kerusi roda intai Sukan Paralimpik

    DAR ES SALAAM – Bagi Rehema Saidi, seorang pelajar kolej berusia 25 tahun, tiada halangan yang boleh menghentikannya daripada memenuhi impian lamanya untuk menjadi pemain tenis kerusi roda terkenal di dunia.

    “Saya mempunyai keazaman untuk mencapai tahap permainan tenis kerusi roda, termasuk dalam Sukan Paralimpik, sepanjang hayat saya,” kata Rehema, pelajar tahun dua di Institute of Social Work di ibu kota komersial Tanzania, Dar es Salaam.

    Rehema mula memupuk minat dalam sukan tenis kerusi roda sepuluh tahun lalu.

    “Saya melihat orang bermain tenis di kerusi roda ketika saya pergi atau pulang dari sekolah, dan saya berkata saya juga boleh bermain tenis kerusi roda,” imbas Rehema, yang mengalami kecacatan pada kedua belah kakinya.

    Bulan lalu, enam pemain tenis kerusi roda wanita Tanzania menyertai acara Kelayakan Piala Dunia BNP Paribas 2022 di Turki.

    Rehema Saidi (kanan) ketika menghadiri latihan bersama jurulatihnya Riziki Salum. – Xinhua
    Pemain tenis kerusi roda Tanzania, Rehema Saidi menjalani latihan di Dar es Salaam, Tanzania. – Xinhua

    “Tanzania tidak layak tetapi itu tidak mengurangkan keazaman kami untuk beraksi lebih baik dalam perlawanan kelayakan akan datang,” katanya sambil menambah acara kelayakan itu menarik lebih 30 negara dari seluruh dunia.

    Dia menyatakan dia tidak akan berehat sehingga dia muncul di Sukan Paralimpik. Tenis kerusi roda telah menjadi sebahagian daripada Sukan Paralimpik sejak 1992 dan telah dimainkan di Grand Slam sejak 2007.

    ITF berkata tenis kerusi roda adalah salah satu sukan yang paling pesat berkembang di dunia, sambil menambah sukan ini dimainkan dengan cara yang sama seperti tenis biasa, dengan satu-satunya pengecualian ialah pemain tenis kerusi roda dibenarkan dua lantunan bola.

    Riziki Salum, jurulatih tenis kerusi roda Tanzania, memberitahu Xinhua bahawa tenis kerusi roda telah diperkenalkan di Tanzania pada tahun 2005 oleh jurulatih dari ITF.

    Lelaki berusia 48 tahun itu berkata, ramai yang berminat untuk menyertai tenis kerusi roda, tetapi dia hanya dapat melatih 20 daripada mereka kerana menghadapi pelbagai cabaran.

    “Sehingga kini saya melatih 12 lelaki dan enam wanita daripada keseluruhan 40 yang saya latih pada mulanya,” kata Salum. Kebanyakan mereka berhenti berlatih kerana cabaran seperti kekurangan peralatan dan pengangkutan.

    “Saya percaya jika pemain ini mendapat sokongan yang diperlukan, mereka boleh mencapai keajaiban dalam pertandingan global,” ulasnya.

    Salum berkata beliau juga menjalankan latihan tenis kerusi roda di pelbagai sekolah, termasuk Sekolah Menengah Jangwani Girls dan Sekolah Menengah Salvation Army di Dar es Salaam dan Sekolah Menengah Pugu di wilayah Pantai.

    “Dengan pelaburan besar dalam tenis kerusi roda, Tanzania berpeluang menyertai Sukan Paralimpik pada 2024,” kata jurulatih itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...