Pemain tiada pengalaman, tiada masalah – Udoka

SAN FRANCISCO, 2 JUN – Pasukan Warriors, yang menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan dalam siri tujuh pasukan terbaik, berada di final buat kali keenam dalam tempoh lapan tahun dan memburu kejuaraan keempat dalam tempoh tersebut, dengan bantuan daripada pemain veteran utama, Klay Thompson, Stephen Curry dan Draymond Green.

Sementara itu, Jurulatih Boston Celtics, Ime Udoka semasa sidang media yang berlangsung di Chase Center, mengatakan bahawa mempunyai pemain yang tidak berpengalaman dalam final NBA tidak akan menjadi satu isu, walaupun menentang skuad Golden State.

Terdahulu, Boston telah tewas dalam pusingan final Eastern Conference tiga kali dalam lima musim kebelakangan ini sebelum akhirnya berjaya mara pada tahun ini. Pasukan Celtics menyingkirkan Brooklyn, kemudiannya juara bertahan Milwaukee dan pasukan pilihan teratas dalam Eastern Conference, Miami dalam memenangi tujuh perlawanan berturut-turut untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pemain bintang Celtics, Jayson Tatum meluahkan perasaannya yang berasa sedikit berbeza setelah berjaya mara ke final NBA, kerana menurutnya ia adalah seperti satu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh pasukannya. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak merisaukan Udoka apabila mengetahui mengenai siri kejuaraan tersebut selepas memenangi gelaran juara semasa menjadi penolong jurulatih bersama San Antonio pada tahun 2014.

“Sebaik sahaja awda keluar dari media awal dan mendapati bahawa intensiti yang dialami adalah berlebihan, ia tidak jauh berbeza apabila awda berada di atas gelanggang,” kata Udoka.

Udoka menambah jika awda memiliki pemain muda tetapi melalui beberapa perlawanan final dalam Eastern Conference, dan dengan haluan yang ditetapkan pada tahun ini, dengan dua perlawanan siri tujuh pasukan terbaik dan bermain menentang beberapa pasukan yang terbaik. – AFP

Ime Udoka semasa sidang media sebelum perlawanan final NBA yang diadakan di Chase Center. Boston Celtics bertemu dengan Golden State Warriors pada hari ini. – AFP