Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemakaian gelang tangan kini tidak diperlukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Pemasangan gelang tangan untuk yang mereka yang positif dijangkiti COVID-19 baru-baru ini dan akan datang tidak akan lagi dikenakan yang mana tindakan ini adalah sebagai sebahagian cara negara untuk melangkah ke hadapan.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa memberi respons pada sidang media hari ini terhadap persoalan mengenai dengan kelambatan pemotongan gelang tangan dan pertukaran warna kod BruHealth bagi yang telah menamatkan pengasingan diri di rumah.

    Yang Berhormat Dato, mengakui terdapat kelambatan yang berlaku baru-baru ini dari segi pemotongan gelang tangan dan pertukaran kod BruHealth bagi orang-orang yang telah menamatkan tempoh kuarantin terutama dalam seminggu kebelakangan ini disebabkan peningkatan jumlah kes yang positif.

    Beliau seterusnya menjelaskan, “Pihak Kementerian Kesihatan tidak lagi akan mengadakan pemasangan gelang, cukup dengan BruHealth dan untuk terus melangkah ke hadapan.

    “Orang ramai yang positif tidak lagi akan dipakaikan gelang tangan, ini adalah bagaimana kita untuk melangkah ke hadapan,” jelasnya.

    Bagi mereka yang masih memakai gelang, jelasnya, terpaksa menunggu untuk dihubungi bagi menyaksikan pemotongan gelang tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...