Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pemakaian pelitup muka di California tamat 15 Feb

    WASHINGTON, 8 FEB – Arahan pemakaian pelitup muka di negeri California AS akan tamat pada 15 Februari berikutan penurunan kadar kes COVID-19, lapor Sputnik.

    “Kadar kes California menurun sebanyak 65 peratus sejak kemuncak Omicron. Kemasukan ke hospital di seluruh negeri juga stabil. Tempoh keperluan pelitup muka di seluruh negeri akan tamat pada 15/2,” kata Gabenor Gavin Newsom pada hari Isnin menerusi ciapan di Twitter.

    Newsom dalam tweet itu juga menggalakkan warga California untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan daya tahan terhadap COVID-19.

    California pada Disember menjadi negeri pertama yang merekodkan lebih lima juta kes COVID-19 disebabkan penularan pantas varian Omicron. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...