Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Pemakanan sihat tingkat kesihatan mental

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – ‘Kesihatan Mental Melalui Pemakanan’ menjadi pilihan tajuk pertama dalam siri webinar yang julung kalinya diungkayahkan oleh Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama UCSI University, Malaysia dan Monash University, Malaysia, hari ini.

Siri webinar yang dihadiri lebih 150 peserta dari Negara Brunei Darussalam dan Malaysia itu merupakan salah satu langkah bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai hubungan antara kesihatan mental dan pemakanan dalam memupuk gaya hidup sihat.

Sesi webinar dimulai dengan ucapan alu-aluan Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Kassim, diikuti dengan pembentangan dari para penceramah jemputan dari Negara Brunei Darussalam dan Malaysia iaitu Pakar Psikologi dari Perkhidmatan Klinikal Psikologi, Kementerian Kesihatan, Dayang Mansurah Khadijah binti Azlan; Penolong Profesor dan Pensyarah Kanan, UCSI University Malaysia, Dr Satvinder Kaur; dan Penasihat Pemakanan, Nutritiomel, Negara Brunei Darussalam, Melissa Webb serta moderator dikendalikan oleh Dr Ng Choon Ming dari Monash University, Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, antara lain objektif webinar berkenaan adalah untuk mengongsikan maklumat mengenai pengaruh pemakanan terhadap mood, kesihatan mental dan kesejahteraan diri serta memberi kefahaman bagaimana kesihatan mental boleh menjejaskan hubungan seseorang dengan makanan dan sebaliknya.

Selain itu, sesi perkongsian kesihatan itu juga memperkenalkan langkah-langkah mudah untuk membina tingkah laku pemakanan yang lebih sihat untuk kesihatan mental dan kesejahteraan diri yang lebih baik.

Dalam pada itu, orang ramai yang tidak berkesempatan untuk menghadiri webinar tersebut dan berminat untuk menyaksikannya boleh menonton rakaman video webinar tersebut secara dalam talian dengan menghubungi ahli jawatankuasa penganjur melalui e-mel [email protected] untuk mendapatkan akses kepada rakaman video tersebut.

Antara peserta yang menghadiri siri webinar yang diungkayahkan oleh Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama UCSI University, Malaysia dan Monash University, Malaysia, kelmarin. – Gambar serahan Pusat Promosi Kesihatan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -