Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pemanasan global beri kesan kepada manusia

    PARIS, 28 OKT – Sama ada mereka sedar atau tidak, kira-kira 7.6 bilion orang dan sebanyak 96 peratus daripada manusia merasakan kesan terhadap suhu pemanasan global sejak 12 bulan lalu, kata para penyelidik

    Tetapi sesetengah wilayah merasakannya jauh lebih teruk dan kerap mengalami kesan berbanding yang lain, menurut laporan berdasarkan kaedah semakan rakan sebaya dari Climate Central, sebuah badan pemikir sains iklim.

    Antara 1,021 bandar yang dianalisis pada September 2021 sehingga Oktober 2022, ibu kota Samoa dan Palau di Pasifik Selatan telah mengalami jejak iklim yang paling ketara, kata para penyelidik dalam laporan itu, yang dikeluarkan kelmarin.

    Suhu yang meningkat di lokasi ini biasanya empat hingga lima kali berkemungkinan berlaku berbanding dunia hipotesis di mana pemanasan global tidak pernah berlaku.

    Lagos, Mexico City dan Singapura adalah antara bandar utama yang paling terdedah, dengan haba yang dijejaskan oleh manusia yang meningkatkan risiko kesihatan kepada jutaan orang.

    Penyelidik di Climate Central, diketuai oleh ketua saintis, Ben Strauss, mencari cara untuk merapatkan jurang antara pemanasan global skala planet yang biasanya dinyatakan sebagai suhu permukaan purata Bumi berbanding dengan tempoh rujukan yang lebih awal kepada apa yang manusia lalui dalam kehidupan sehari.

    “Mendiagnosis jejak iklim membolehkan orang ramai mengetahui bahawa apa yang mereka lalui adalah simptom dengan perubahan iklim,” kata Strauss kepada AFP. “Ia mewakili isyarat dan menunjukkan kita mesti menyesuaikan diri.”

    Sebagai contoh, di 26 bandar, sekurang-kurangnya 250 daripada 365 hari dari Oktober 2021 menyaksikan peningkatan suhu sekurang-kurangnya lebih tiga kali berkemungkinan disebabkan oleh perubahan iklim. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...