Pemancing dikejarkan ke hospital selepas tangkapan terkam tangan

SYDNEY, 17 SEPT – Seorang nelayan yang memancing di kawasan ikan yu di timur pantai Australia hari ini telah dikejarkan ke hospital selepas ikan yang dipancing membaham tangannya.

Lelaki berkenaan berjaya menangkap apa yang dipercayai ikan yu Whitetip ketika memancing di luar Pulau Fraser – sebuah destinasi pelancongan yang popular kira-kira 400km dari utara Brisbane, kata jurucakap Penyelamat RACQLifeFlight.

“Pesakit memberitahu para penyelamat dia cuba untuk melepaskan haiwan itu daripada jorannya, apabila tiba-tiba ia menyerang tangannya,” kata jurucakap.

Rakan pemancing turut membantu melepaskan tangannya daripada mulut ikan yu tersebut sebelum membawanya ke darat, dia mengalami kecederaan teruk di tangannya.

Lelaki berusia 50an itu diterbangkan ke hospital dengan keadaan yang stabil.

Pada Julai lalu, seorang penyelam maut akibat diserang semasa menombak ikan dekat dengan pulau yang sama. – AFP