Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

Pemandu bakar lori, dihukum penjara dan sebat

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Seorang pemandu lori yang kecewa kerana tidak dibayar gaji diperintah menjalani hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan, serta enam kali sebatan oleh Mahkamah Perantaraan pada hujung minggu lalu, atas perbuatan membakar lori pembancuh simen sebuah syarikat.

Muhammad Khairey Matin bin Abdullah @ Penekarie, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat, dengan membakar sebuah lori pembancuh simen sehingga menyebabkan kerosakan, di Readymix Sdn Bhd, Sungai Bera pada pukul 5:20 petang, 8 Julai.

Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni mendengar daripada Pendakwa Raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli bahawa defendan telah menuntut gajinya tetapi tidak dibayar sehingga kejadian.

Defendan pergi menghantar konkrit ke Sungai Duhon menggunakan lori syarikat itu pada pukul 7 pagi, 8 Julai. Dia kembali ke tempat kerjanya di Sungai Bera, dengan fikiran tidak menerima gaji menghantuinya.

Dia turun dari lori dan dengan perasaan kecewa, kemudiannya mengambil baldi dan mengisinya dengan bahan api diesel. Dia kemudian menuang minyak ke dalam dan sekeliling lori dan menyalakannya menggunakan pemetik api. Pada saat itu, lori terbakar.

Seorang rakan sekerja melihat defendan dan cuba menghalangnya, tetapi tidak berjaya.

Defendan terus memarakkan api dengan diesel. Perbuatan defendan turut dirakam CCTV.

Rakan sekerja itu kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat dan setelah api dipadamkan, siasatan membawa kepada penahanan defendan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -