Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pemandu cedera, kereta ranap dalam kemalangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Sebuah kereta jenis sedan ranap terbakar selepas terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lambak Kanan, pagi kelmarin.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataannya menyatakan lima orang anggota dari Balai Bomba Lambak Kanan diketuai oleh DSO Haji Tarip bin Haji Ghani, dikejarkan ke tempat kejadian.

    Apabila tiba di tempat kejadian, anggota bertugas mendapati dua buah kereta telah mendapat kemalangan di jalan raya yang melibatkan sebuah kereta jenis sedan terbakar keseluruhannya manakala sebuah kereta jenis SUV terbabas ke tepi jalan raya.

    Anggota bomba segera bertindak memadamkan kebakaran dengan api dapat dipadamkan dalam masa 2 minit dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua pemandu kenderaan mengalami kecederaan dan telah mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    JBP menyarankan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya.

    Orang ramai juga perlu sentiasa memastikan kende-raan dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik.

    Maklumat mengenai penyelenggaraan kenderaan, bengkel-bengkel kenderaan serta syarikat stesen pemeriksaan yang diiktiraf oleh JPD boleh didapati dengan memuat turun PDF Understanding Your Vehicle melalui pautan, http:///www.mtic.gov.bn/vehicle/Home.aspx.

    Sebuah kereta ranap terbakar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di RPN Kampung Lambak Kanan, baru-baru ini.- Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...