Pemandu jangan ego pada musim hujan ini

Ketika negara kita masih dalam musim hujan, keadaan jalan-jalan raya ada yang mengalami banjir dan tahap penglihatan ketika memandu berkurangan.

Justeru, pihak berkenaan menyarankan agar pengguna jalan raya berhati-hati memandu ketika waktu hujan, tidak memandu secara laju dan sebagainya. Namun, saranan itu hanya dipatuhi segelintir, masih ramai yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pemandu lain.

Tidak semua pemandu mudah memandu ketika musim hujan kerana ada yang mengalami kesukaran akibat penglihatan yang kurang jelas. Namun ada yang melajukan kereta mereka dan ada terlalu rapat dari belakang. Ada yang juga ‘kebal’ tidak membuka lampu kereta walaupun sudah tahu keadaan tidak begitu jelas.

Malah ada sesetengahnya masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu walaupun dalam keadaan hujan. Para pemandu di negara ini seharusnya menanamkan sikap bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri ketika memandu demi menjaga kebaikan dan keselamatan bersama.

Jangan laju