Pemandu kena kompaun dalam sekatan jalan raya

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Labi telah mengadakan dua operasi sekatan jalan raya di kawasan berasingan baru-baru ini.

Pada operasi dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Belait, seorang pemandu dikenakan kompaun atas kesalahan cukai jalan mansuh. Pemandu itu disiasat di bawah Seksyen 8 (4) Akta Kesalahan Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68.

Manakala itu, dalam operasi sekatan dijalankan oleh anggota Balai Polis Labi di kawasan Labi, tidak ada sebarang kesalahan dicatatkan.

Sehubungan itu, PPDB dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini mengingatkan orang awam agar sentiasa patuh peraturan di jalan raya, memandu secara cermat dan selamat bagi menghindari daripada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Anggota polis ketika menjalankan sekatan jalan raya di salah satu lokasi. – Gambar serahan PPDB