BRANDON, FlORIDA, 20 FEB – Seorang pekerja yang memandu kenderaan pembersih salji di tempat letak kereta sebuah pasar raya Florida maut selepas terhumban keluar dari trak pembersih dan digelek oleh kenderaan yang masih bergerak ke hadapan, kata pihak berkuasa semalam.
Peronda Lebuh Raya Florida berkata lelaki berusia 57 tahun itu tidak memakai tali pinggang keselamatan. Agensi berkata pemandu kereta yang dilanggarnya mengalami kecederaan parah.
Operator trak telah meninggalkan pasar raya Publix di Brandon untuk membuat pusingan U dan kembali ke tempat letak kereta, kata pihak berkuasa. Trak pembersih salji itu memasuki laluan sebuah kereta dan merempuhnya, kata pegawai.
Pekerja trak melenting keluar dari kenderaan dan seterusnya digelek trak berkenaan. – AP