Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu meninggal dunia kerana sakit jantung

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Seorang pemandu lelaki tempatan meninggal dunia pagi tadi selepas mengalami serangan jantung ketika sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Penanjong.

    Pemandu berkenaan dipercayai mengalami serangan jantung ketika memasuki susur jalan ke kampung berkenaan sekali gus menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh penghadang di kawasan Lebuh raya Muara-Tutong.

    Kejadian tersebut mula disedari oleh seorang pemandu lori yang melalui jalan tersebut dan berhenti selepas mendapati pemandu tersebut masih berada dalam kenderaan dengan keadaan tidak sedarkan diri dan enjin kenderaan masih hidup.

    Pemandu berkenaan mengalami kecederaan patah tangan yang dipercayai disebabkan oleh hentakan semasa kemalangan tersebut.

    Bagaimanapun kemalangan berkenaan tidak melibatkan harta benda kerajaan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bukan berpunca dari kemalangan jalan raya.

    Keadaan kereta berkenaan selepas pe-mandunya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan raya. – Gambar serahan PPDB

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda