Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu terbunuh rempuh pokok

    LABUAN, 27 Sept – Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Tanjung Batu berhampiran hospital lama Labuan hari ini.

    Dalam kemalangan pada 6:20 pagi itu, Arnold Phoong Wei Kee, 26, from Taman Kian Yap, Jalan Ranca-Ranca, terhumban keluar dari kenderaannya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Mangsa dipercayai sedang  memandu menuju ke Kem Membedai dari pusat bandar apabila dia tiba-tiba gagal mengawal kenderaannya, yang terbabas dari  jalan raya lalu merempuh sebatang pokok.

    Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk bedah siasat.

    Beliau meminta saksi kejadian agar tampil membantu siasatan dan menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya jika jalan licin selain tidak memandu melebihi had laju. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda