Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Pemandu tersepit dihempap lori

    Oleh Sim Y.H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Seorang pemandu tersepit di bahagian kaki dan tangan setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan tanah dan bongkah batu pada kejadian yang berlaku di lampu isyarat Damuan menuju Kampung Bunut sekitar jam 10:04 pagi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Pasukan Skuad Khas yang diketuai oleh DSO Ibrahim bin Haji Omar dikejarkan ke insiden kemalangan.

    Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati dua buah kenderaan melibatkan sebuah lori dan kereta jenis SUV kemalangan, yang mana lori tersebut telah menghempap kereta SUV berkenaan hingga menyebabkan pemandunya tersepit di bahagian kaki dan tangan. 

    Setelah kren dari Jabatan Kerja Raya berjaya mengalihkan lori tersebut, anggota bomba segera bertindak membuka pintu kereta SUV bagi mengeluarkan mangsa menggunakan perkakas khas. 

    Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi tindakan selanjutnya.

    Manakala, pemandu lori tersebut telah keluar dan dalam keadaan selamat sebelum jentera bomba sampai.  

    Stesen Komander Balai Bomba Bandar Seri Begawan, ASFR Nazri bin Haji Anuar turut berada di lokasi kemalangan.

    Anggota bomba semasa memberi bantuan kepada mangsa kemalangan yang kenderaannya dihempap oleh lori.
    Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...