Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pemandu trak mabuk rempuh 31 kereta

    BERLIN, 9 FEB – Seorang pemandu trak mabuk merempuh kereta-kereta yang diletak di tepi jalan selepas melanggar lampu isyarat merah di selatan Jerman, mendorong kereta ke bangunan dan menyebabkan beberapa kereta terbakar, kata polis.

    Tiga orang cedera dan 31 kenderaan rosak dalam kejadian yang berlaku di Fuerth, di luar Nuremberg, pada petang semalam.

    Pemandu trak pertama melepasi lampu isyarat merah, melanggar sebuah kereta yang berada di persimpangan jalan dan terus memecut tanpa berhenti, menurut kenyataan polis. Sejurus selepas itu, trak berkenaan merempuh beberapa kereta yang diletak di tepi jalan dan menolak mereka ke depan, ada di antaranya ke dinding bangunan.

    Perlanggaran mengakibatkan beberapa kereta, sebuah rumah dan trak itu sendiri terbakar.

    Rumah itu diarahkan dikosongkan.

    Pemandu, rakyat Turki berusia 50 tahun tanpa pemastautin tetap di Jerman, ditahan di tempat kejadian, kata polis. Ujian alkohol pernafasannya menunjukkan melebihi had dibenarkan untuk memandu, tambah polis.

    Pemandu trak, pemandu kereta yang dilanggarnya di lampu isyarat merah dan beberapa orang yang lalu di sana mengalami kecederaan ringan.- AP

    Anggota bomba bekerja di tapak kemalangan kelmarin di Fuerth, selatan Jerman, selepas sebuah trak merempuh deretan kereta, ada di antaranya terbakar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...