Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Pemandu trak mogok gesa gaji minimum

    SEOUL, KOREA SELATAN, 13 JUN – Mogok seminggu panjang daripada ribuan pemandu trak di Korea Selatan telah mencetuskan gangguan besar ke atas pengangkutan kargo dan penghasilan yang menyebabkan kerugian 1.6 trilion won (AS$1.2 bilion), kata pegawai hari ini.

    Mogok panjang itu mungkin memburukkan rangkaian bekalan global yang sudah pun dijejaskan oleh serangan Rusia ke atas Ukraine dan kekangan pandemik China.

    Namun impak mogok itu setakat ini terhad kepada industri Korea Selatan.

    Ekonomi ke-10 terbesar di dunia itu belum lagi melaporkan sebarang gangguan besar ke atas eksport bekalan penting seperti semikonduktor.

    Pusingan keempat rundingan antara pemogok trak dan pegawai kerajaan, kelmarin, gagal mencapai persetujuan.

    Para pegawai Kementerian Pengangkutan berkata mereka akan berusaha untuk terus mengadakan rundingan bagi menamatkan mogok itu namun Cargo Truckers Solidarity berkata hari ini ia belum mempunyai rancangan untuk menyambung semula rundingan. Di tengah pertikaian hangat itu, pemandu trak menggesa jaminan gaji minimum di sebalik harga minyak yang meningkat. – AP

    Anggota Cargo Truckers Solidarity mengadakan mogok di Ulsan, Korea Selatan pada 13 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...