Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pemandu trak mogok lagi

    SEOUL, 24 NOV – Pemandu trak Korea Selatan melancarkan mogok besar kedua mereka dalam tempoh kurang enam bulan hari ini, dalam tindakan yang boleh menjejaskan rantaian bekalan global daripada kereta hingga keluli.

    Kesemua 25,000 ahli Kesatuan Solidariti Pemandu Lori Kargo berhenti bekerja, sebagai sebahagian daripada protes lama menentang penamatan jaminan gaji minimum, kata Park Yeon-su dari pertubuhan itu memberitahu AFP.

    Dengan kenaikan harga bahan api, pemandu telah menuntut kerajaan untuk mengekalkan skim gaji minimum ‘kadar pengangkutan selamat’, yang akan tamat tempoh pada akhir tahun ini.

    Pentadbiran presiden konservatif Seoul, Yoon Suk-yeol kelmarin berkata ia akan melanjutkan program itu selama tiga tahun, tetapi pemandu lori berkata tidak ada gunanya melainkan skim itu menjadi kekal.

    “Kerajaan awal tahun ini berkata mereka akan mengutamakan isu ini, tetapi pastinya itu tidak akan berlaku,” kata Park kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...