Pemanduan pada waktu malam

Berkemungkinan ada segelintir individu tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari.

Justeru, mereka memilih pemanduan pada waktu malam kerana mungkin suasana lebih tenang dan sedikit nyaman. Namun, pemanduan pada waktu malam ada cabarannya yang tersendiri.

Oleh itu, jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, berikut adalah lima tip yang perlu anda titik beratkan seperti:

Malapkan cahaya dalam kereta

Bagi keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar. Gangguan lampu lain yang ada di dalam kereta boleh mengganggu fokus pemanduan anda.

Pantau suasana sekeliling

Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan di kampung, lazimnya tidak ada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan. Selain itu, dikhuatiri terdapat binatang yang suka kepada cahaya lampu yang suka melompat ke arah kereta anda.

Selenggara lampu hadapan

Pastikan anda menyelenggarakan lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting. Pada masa yang sama, anda juga boleh disaman kerana lampu kereta yang tidak hidup terutamanya lampu hadapan kereta.

Kekal jarak selamat

Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan. Selain itu, untuk pastikan anda mempunyai jarak serta masa yang sesuai untuk berhenti jika kereta di hadapan membuat ‘emergency break’. Kalau tidak anda akan ‘tercium’ bahagian belakang kereta hadapan.

Tidur sebentar

Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula. – Agensi

Pemanduan pada waktu malam mungkin lebih tenang dan sedikit nyaman. Namun, pemanduan pada waktu malam ada cabarannya yang tersendiri. – Agensi