Pematuhan penuh SOP ibadah korban di Labuan
LABUAN, 20 JULAI – Pelaksanaan ibadah korban di lapan kawasan lapang yang diberi kelulusan sempena Aidiladha di sini telah mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP). Ketua polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata lapan kawasan lapang yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah dipantau oleh anggota polis sejak awal pagi hingga petang
































