Pembaharuan tingkat kualiti keadilan

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Badan kehakiman akan melaksanakan pembaharuan untuk meningkatkan kualiti penyampaian sistem keadilan. Pada masa yang sama, masa akan menjadi keutamaan bagi pihak mahkamah dan keberkesanan mesti menjadi norma dalam pentadbiran kehakiman.

Perkara itu ditekankan oleh Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong ketika berucap pada Majlis Pembukaan Tahun Undang-undang 2019 yang berlangsung di Bangunan Mahkamah Tinggi, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong dalam ucapannya menjelaskan, perubahan dalam budaya kerja dan cara pemikiran yang baru harus dilakukan bagi memastikan perbicaraan bermula tepat pada masanya, bilangan penangguhan perbicaraan yang berjalan dikurangkan, pengurusan kes aktif diamalkan, dan tempoh masa dalam penyampaian penghakiman dipenuhi, yang aman akan memperbaiki prestasi dalam pelupusan jika ianya berlaku.

Beliau turut menerangkan bahawa sasaran telah ditetapkan untuk penyampaian penghakiman oleh hakim, majistret dan pendaftar umumnya satu bulan dan tidak melebihi tiga bulan untuk kes-kes yang kompleks selepas penutupan segala hujah-hujah.

“Pada Julai 2018, kami telah menetapkan sasaran penyampaian penghakiman oleh hakim, majistret dan pendaftar dalam tempoh satu bulan secara umumnya dan tidak melebihi tiga bulan bagi kes-kes bersifat kompleks berikutan penutupan submissions.”

Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan Tahun Undang-Undang 2019. – Gambar oleh Muiz Matdani

Walau bagaimanapun, ke arah keberkesanan, tegasnya, sistem kehakiman mesti mencari keseimbangan yang tepat untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.

“Seperti kata pepatah lama: keadilan yang tertunda dan keadilan yang bergegas boleh menyebabkan ketidakadilan. Di satu pihak, kes-kes perlu diselesaikan dengan segera dan hakim-hakim tidak harus menunda keadilan kerana terdakwa atau litigan boleh kehilangan kebebasan atau harta benda,” tambah Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong.

“Sebaliknya tidak ada seorang pun yang harus meninggalkan mahkamah dengan keluhan bahawa mereka tidak mendapat hak bagi perbicaraan yang penuh dan adil kerana hakim tidak bersabar. Ia adalah aksiomatik bahawa keadilan bukan hanya dilakukan tetapi terlihat telah terlaksana,” jelas Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong.

Dalam ucapannya lagi, beliau menyentuh pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh kehakiman termasuk mediasi sebagai kaedah yang bukan bersifat konfrontatif dan lebih harmoni untuk menyelesaikan pertikaian yang telah ditawarkan sebagai pilihan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian oleh mahkamah.

Menurut Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong, “Manfaat pengantaraan cukup besar. Pertama, ia jauh lebih murah berkesan daripada kebanyakan kaedah penyelesaian pertikaian yang lain. Pengantaraan tidak dibebani dengan formaliti prosedur dan perkara-perkara teknikal dalam litigasi, dan penyelesaian yang lebih cepat dapat dicapai dengan pengurangan perbelanjaan profesional dan pembiayaan peluang bagi pihak yang terlibat.

“Kedua, pengantaraan membolehkan pihak-pihak terlibat secara langsung dalam penyelesaian pertikaian mereka dan menentukan hasilnya.”

Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong berkata, “Akhirnya, pengantaraan adalah kaedah penyelesaian pertikaian yang berkesan. Statistik Pusat Pengantaraan Singapura menunjukkan bahawa lebih daripada 2,300 kes-kes yang diasingkan telah diselesaikan dengan kadar kejayaan keseluruhan sebanyak 75 peratus. Di Mahkamah Tinggi kadar penyelesaian untuk kes-kes yang meneruskan ke pengantaraan dalam beberapa tahun terakhir ini adalah di antara 66 peratus hingga 81 peratus.”

Beliau menerangkan bahawa sehingga Ogos 2018, semua litigan telah ditawarkan peluang mediasi di hadapan pengantara mahkamah yang diiktiraf. Beliau menjelaskan lanjut bahawa mediasi adalah lebih kos efektif jika dibandingkan dengan kebanyakan cara penyelesaian pertikaian kerana ia membolehkan pihak yang bertikai untuk terlibat secara langsung dalam penyelesaian pertikaian mereka sendiri dan menentukan hasilnya.

Ia juga boleh menyelesaikan pertikaian yang lebih cepat dengan pengurangan pada bayaran dan kos. Sehingga kini, 11 buah kes telah dikenal pasti untuk proses perantaraan di dalam Mahkamah Tinggi dan satu dari tiga kes yang telah diselesaikan telah berjaya. Di dalam Mahkamah Perantaraan, tujuh buah kes telah dikenal pasti untuk perantaraan dan dua dari empat kes telah berjaya dimediasi.