Pembaharuan untuk Georgia

TBILISI, 24 JUN – Ketua parti pemerintah Georgia mengumumkan pembaharuan pilihan raya besar-besaran hari ini, memenuhi beberapa permintaan yang diluahkan pada bantahan anti-kerajaan yang telah membelenggu ibu negara Tbilisi selama beberapa hari.

Berucap pada persidangan akhbar selepas tunjuk perasaan selama empat hari, Bidzina Ivanishvili mengumumkan ‘pembaharuan politik besar-besaran.’ Pilihan raya parlimen pada tahun depan kini akan diadakan di bawah satu sistem seimbang, permintaan utama pembantah yang berkata sistem sekarang menyokong parti Impian Georgia pimpinan Ivanishvili.

Juga tidak adanya had maksimum untuk parti menyertai parlimen, kata Ivanishvili. Masih tidak jelas sama ada pengumuman adalah cukup untuk memujuk pembantah, yang juga menuntut pilihan raya kilat diadakan dan merancang satu lagi tunjuk perasaan pada malam Isnin.

Bantahan telah mencetuskan krisis politik dan menimbulkan ketegangan dengan Moscow ke tahap yang belum dilihat dalam bertahun-tahun lamanya. Mereka meletus selepas seorang penggubal undang-undang Rusia menyampaikan ucapan di parlimen dari kerusi speaker pada minggu lalu, tindakan yang amat provokatif untuk dua negara di mana hubungan masih terjejas selepas perang pada 2008. – AFP

Penunjuk perasaan pembangkang dengan bendera kebangsaan Georgia berkumpul di luar bangunan parlimen di Tbilisi, Georgia pada 23 Jun. Beribu-ribu pembantah telah menuntut peletakan jawatan menteri luar negeri dan perubahan dalam kod pilihan raya. – AP