CHINA – Sebuah kawasan yang dipenuhi dengan arang batu berderum turun dari sebuah ki-lang besi dan melanggar benggol menyebabkan ketulan dari kargo hitam bertaburan di sepanjang Asphal. Sambil menunggu di tepi jalan, seorang petani berpakaian tebal meluru ke arah kesesakan lalu lintas untuk mengambil serpihan itu.
Para petani di kampung itu termasuk keluarga Shen telah datang ke kawasan itu untuk mengambil sisa-sisa serpihan batu arang itu untuk kelengkapan mereka menghadapi musim sejuk. “Jika saya tidak datang ke sini, saya akan kesejukan,” kata Shen ketika sedang sibuk mengutip beberapa ketul arang ke dalam guni. Pada musim sejuk, Shen akan membakar lebih kurang dua tan arang batu yang bernilai lebih dari 1,800 yuan, (AS$260).
Kebanyakan kawasan besar di desa itu, para penduduk akan pergi mendapatkan batu arang itu yang tidak ditapis untuk keperluan mereka namun pihak kerajaan China menentang keras amalan itu dan cuba memperkenalkan pemanasan melalui elektrik. Namun isu itu telah meletakkan salah satu cabaran China bagi menghadapi cuaca buruk di bandar raya Beijing dan berlakunya beberapa perbalahan dan rasa tidak puas hati.
Warga China kelas pertengahan mengadu dengan riuh –rendah ketika jerebu membelenggu Beijing dalam tempoh Tahun Baru. Gambar bagi kereta api berkelajuan tinggi meninggalkan kesan coklat gelap selepas melalui rantau berjerebu viral dalam media sosial, begitu juga dengan blog yang diletakkan oleh pekerja bank Beijing yang mencela menentang korupsi kerajaan dan propaganda dan merayu pegawai untuk mengambil tindakan bagi kebaikan anak –anak mereka.
Pada bulan Jun yang lalu, sepasukan penyelidik dari Princeton Universiti California, Berkeley dan Peking serta Universiti Tsinghua di Beijing telah menerbitkan satu kajian yang mendapati penggunaan arang batu di setiap rumah boleh menyumbang bencana terutama dalam isu kesihatan berbanding pembakaran arang dari industri-industri yang sudah dilengkapi dengan teknologi yang berupaya untuk menyerap karbon.



Larangan membakar arang di rumah
Pihak berkuasa di wilayah Hebei, yang menyelubungi Beijing, mengumumkan pada September bahawa mereka akan mengharamkan pembakaran arang batu di rumah di hampir 4,000 buah kampung berhampiran ibu negara lewat 2017, menurut media setempat. Minggu lalu, Agensi Berita Xinhua yang memetik pegawai yang berkata pembakaran arang batu bagi pemanasan sekarang dihentikan sepenuhnya dari daerah –daerah bandar.
Namun kawasan pedalaman Qian’an, 220 kilometer (140 batu) dari Beijing, di Heibei, rantau penghasil keluli terbesar China, jalan raya berhampiran sungai di mana Shen menggali arang batu merupakan satu peringatan terhadap cabaran itu. Di bahagian atas jalan raya adalah kilang yang dimiliki oleh Shougang Group, salah satu penghasil keluli terbesar- dan pencemar.
Arahan lain dibuka ke dalam kawasan luar desa, di mana penduduk warga emas dan yang miskin membakar arang batu di bawah tanah. Kerajaan menggalakkan mereka untuk menggunakan bahan penyala arang batu yang lebih bersih yang membakar pada suhu lebih rendah, tetapi penduduk kampung menolak perkara tersebut sebagai sukar untuk mendapatkan cahaya dan kekurangan dalam panas.
Ketika penduduk di bahagian paling miskin Beijing mendapatkan subsidi bagi menggunakan pembakar arang batu yang lebih bersih atau bertukar kepada elektrik, insentif seumpama itu adalah tidak didengarkan di sebahagian tempat lain di negara itu. ‘Kami orang biasa adalah miskin,’ kata Yao Junhua, seorang petani, 61, yang tinggal di sebuah kampung dalam kediaman setingkat yang dipisahkan dengan sebahagian dinding dibina dengan bata dan tangkai jagung kering. ‘Kami mahu membeli longgokan arang batu yang bagus, menjimatkan wang. Kami tidak mahu membelanjakan wang ke atas arang baru yang tidak dapat memberikan cahaya.”
Pembakaran arang batu dipersalahkan bagi partikel kecil, toksik PM 2.5 yang mengakibatkan kematian terlalu awal 366,000 di China pada 2013, menurut kajian pada Ogos lalu oleh Wang Shuxiao, pakar alam sekitar di Universiti Tsinghua.
Wang berkata arang batu yang lebih bersih secara teorinya mengeluarkan 50 sehingga 80 peratus dari partikel berbanding arang batu yang tidak dirawat, ditutup kepada dua dekad untuk menghentikan lebih banyak cara pemanasan pencemaran. “Pertukaran berlaku. Ia tidak berlaku secepat yang kami mahukan,’ kata Wang.
Usaha pihak kerajaan
Kerajaan telah meminta untuk mengambil tindakan tegas ke atas pasar. Di kedai arang batu Guo Zhuang di Qian’an, sebahagian besar adalah kosong kecuali beberapa bahagian kecil arang batu yang ditutupi oleh tarp. Pembekal pasar terjejas dan harga meningkat sejak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas jualan arang batu bagi penggunaan persendirian sejak beberapa bulan, berkata seorang pekerja dengan nama keluarga, Lu, yang bercakap hanya selepas memastikan bahawa pengunjung bukanlah penyiasat dari biro perlindungan alam sekitar. “Lihat di sekeliling- -kami tidak memiliki banyak dan ia tidak kerana kami menjual kesemuanya,’ katanya.
Di satu sudut dinding yang berhampiran adalah notis kerajaan pada bulan Oktober yang melarang jualan arang batu “tidak sah” tetapi arang batu masih lagi mendapatkan laluan. Ketika dia bercakap, adik ipar Lu mengisikan sedikit ke dalam trak dan memandu pulang ke rumah keluarga Lu yang berkata memerlukan kepanasan. Sebahagian penduduk tidak yakin bahawa arang batu yang mereka bakar menyumbang banyak kepada masalah kualiti udara negara itu.
Di kilang keluli kawasan luar desa di negara itu, cerobong asap mengeluarkan jerebu, Shen pencari arang batu berkata suaminya, 65 melakukan tugasan pembinaan tetapi sekarang sudah terlalu tua. Anak perempuannya baru –baru ini berkahwin dan berpindah ke bandar tetapi tidak dapat membantu mereka kerana dia berjimat bagi sebuah rumah dan kereta.
Pencarian arang batu mengekalkan mereka terus panas, dan kadang kala mereka mempunyai mencukupi untuk dijual, Shen berkata sebuah lagi trak melanggar benggol dan beberapa kepingan arang batu jatuh. “Perkara ini begitu berharga,’ katanya. Kemudian dia bergegas berlari kembali ke arah kesesakan lalu lintas. – AP

































