Pembakaran terbuka masih menjadi isu

Saya tertarik apabila membaca artikel ‘Get ready for hot, dry season’ yang diterbitkan dalam Weekend Bulletin  pada 8 Februari.

Dengan musim panas dan kering tika ini, berpotensi mencetuskan percikan kecil menjadi api yang besar.

Walaupun begitu, saya telah melihat banyak pembakaran terbuka yang masih berlaku, kadang-kadang di hadapan umum. Saya memahami bahawa terdapat penalti dan denda bagi mereka yang melakukan pembakaran terbuka tetapi saya juga menyedari bahawa ini tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Adakah sebenarnya pihak berkuasa melakukan sesuatu mengenainya?

Pembakaran terbuka kini masih berlaku walaupun sudah mengetahui musim panas bakal tiba. – Gambar hiasan