Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pembalakan hutan Amazon cecah rekod tertinggi

    RIO DE JANEIRO, 3 FEB – Pembalakan hutan di Amazon, Brazil mencatatkan rekod baharu dalam Januari hanya tiga minggu dalam setahun, menurut data yang dikeluarkan kelmarin, satu petanda yang membimbangkan tentang kemusnahan yang semakin meningkat di hutan hujan terbesar di dunia.

    Hampir 360 kilometer persegi dilitupi oleh hutan, kawasan yang berkeluasan lebih enam kali ganda saiz Manhattan telah musnah di Amazon Brazil dari 1 hingga 21 Januari, menurut institut penyelidikan angkasa lepas nasional Brazil, INPE.

    Berbaki 10 hari dalam bulan itu, angka itu sudah menjadi yang terburuk untuk Januari sejak institut itu melancarkan program pemantauan satelit DETER pada 2015.

    Pakar alam sekitar berkata bahawa insiden itu boleh diterjemahkan sebagai risiko tinggi bahawa 2022 akan menjadi satu lagi tahun yang dahsyat bagi Amazon Brazil, di mana pembalakan hutan telah meningkat sejak Presiden Jair Bolsonaro memegang jawatan pada 2019.

    “Angka yang tinggi pada bulan Januari, yang merupakan kemuncak bagi musim hujan”, apabila pembasmian hutan biasanya menurun.

    “Sudah tentu memerlukan perhatian dan membuatkan kami sangat bimbang,” kata Claudio Angelo dari Pusat Pemantauan Iklim, rangkaian kumpulan alam sekitar.

    “Kami perlu melihat bagaimana ia akan berterusan pada bulan selanjutnya, tetapi semestinya ia bukanlah petanda yang baik.”

    Sebagai perbandingan, pembalakan hutan untuk Januari 2021 ialah 83 kilometer persegi, kurang daripada satu perempat angka untuk 21 hari pertama Januari 2022. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...