Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Pembangkang dalam buangan diberi pengampunan

-

BANDAR KUWAIT, 30 NOV – Beberapa tokoh pembangkang Kuwait yang terkenal telah pulang selepas sedekad dalam buangan setelah mendapat pengampunan daripada pemerintah emir, langkah yang telah lama dinantikan bagi menamatkan kelumpuhan politik yang menjejaskan kewangan awam.

Faisal al-Muslim adalah yang terkini diraikan hari ini dengan sorakan kegembiraan daripada saudara dan penyokongnya.

Al-Muslim merupakan antara pembangkang penggubal undang-undang Islam yang dijatuhkan hukuman penjara kerana menyerbu Parlimen Kuwait semasa Arab Spring pada 2011 ketika pihak kerajaan cuba menghalang pembantah.

Sama seperti kebanyakan pembangkang yang lain, dia melarikan diri dan tinggal dalam buangan di Turki sementara pihak pembangkang mendesak emir untuk memberikan pengampunan dan membenarkan mereka pulang.

Emir mengeluarkan perintah peng-ampunan awal bulan ini ketika ketegangan meningkat antara parlimen Kuwait yang mendapat undian penuh dan emir yang dilantik oleh kerajaan, berang dengan penggubal undang-undang yang mengehadkan kuasa mereka untuk menghalang reformasi ekonomi kerajaan.

Keluarga diraja memberikan pengampunan dan meringankan hukuman kepada puluhan pembangkang.

Salah seorang yang paling dikenali ialah bekas pemimpin pembangkang, Musallam al-Barrak telah pun pulang minggu lalu. – AP

Faisal al-Muslim disambut oleh penyokongnya selepas kembali ke Kuwait setelah berada dalam buangan. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -