Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pembangkang Kemboja dihukum penjara

    PHNOM PENH, 17 MAC – Sebuah mahkamah Kemboja hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas 20 orang tokoh pembangkang termasuk ketua dalam buangan, Sam Rainsy yang mengecam hukuman itu sebagai satu cubaan terbaharu oleh pemimpin Kemboja, Hun Sen menyingkirkan penentangnya.

    Rainsy sudah tinggal di Perancis sejak 2015 bagi mengelak hukuman penjara atas beberapa pertuduhan jenayah yang menurutnya bermotifkan politik, termasuk hukuman penjara 25 tahun yang diputuskan pada Mac tahun lalu.

    Mahkamah memenjarakan Rainsy dan enam lagi tokoh pembangkang kanan lain selama 10 tahun dan 13 lagi aktivis selama lima tahun. Seorang aktivis dikenakan hukuman penjara lima tahun tertangguh.

    “Sistem kehakiman sekali lagi digunakan sebagai alat semberono politik dalam usaha mematahkan bangkangan terhadap pemerintahan diktator Hun sen.

    “Menentang diktator adalah satu tugas, bukanlah jenayah,” tulis Rainsy di Twitternya.

    Terdapat pergelutan di luar mahkamah ketika pengawal keselamatan cuba merampas pemidang dari isteri-isteri defendan dan penyokong, mengakibatkan sebahagiannya jatuh.

    “Selepas keputusan diumumkan, klien saya yang dipenjarakan menjerit mahukan keadilan – mereka sangat marah dengan penghakiman tersebut,” peguam, Sam Sokong memberitahu AFP, mengatakan anak guamnya akan membuat rayuan. – AFP

    Saudara ahli pembangkang yang dipenjara menangis semasa bantahan di hadapan Mahkamah Sesyen Phnom Penh, 17 Mac, ketika 20 ahli pembangkan dijatuhkan hukuman penjara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...