Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pembangkang Sri Lanka tolak tawaran kerajaan, desak presiden letak jawatan

    COLOMBO, 4 APRIL – Pembangkang Sri Lanka hari ini menolak pelawaan presiden untuk menyertai kerajaan perpaduan sebagai ‘karut’, sebaliknya mendesak beliau meletak jawatan kerana krisis makanan, minyak dan ubat-ubatan yang semakin memburuk di negara itu.

    Cubaan membentuk kerajaan perpaduan oleh Presiden Gotabaya Rajapaksa dibuat, dengan tentera bersedia untuk menyuraikan lebih banyak demonstrasi ketika Sri Lanka bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948.

    Kemelesetan ekonomi itu berpunca daripada kekurangan pertukaran asing disebabkan sekatan pelancongan semasa pandemik COVID-19.

    Ia menyebabkan negara tidak dapat membeli bahan api dan gas mencukupi, dengan orang ramai menghadapi kekurangan makanan dan keperluan asas.

    Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan ribuan pembantah yang cuba menyerbu kediaman peribadi perdana menteri – abang presiden dan ketua keluarga politik itu – di Tangalle, dahulunya kubu kuat bagi penyokong Rajapaksa di selatan pulau itu.

    Hari ini, Presiden Rajapaksa mempelawa semua parti politik menyertai kerajaan campuran bagi mencari penyelesaian krisis itu selepas semua menteri kabinetnya meletak jawatan lewat malam tadi, dalam usaha memberi laluan kepada rombakan pentadbiran.

    Namun parti sayap kiri, Barisan Pembebasan Rakyat (JVP) bertindak balas dengan menggesa Gotabaya Rajapaksa dan ahli keluarganya yang mendominasi politik dan kuasa, segera berundur.

    “Dia mesti seorang yang gila memikirkan bahawa pembangkang akan menyokong sebuah kerajaan yang hancur,” kata ahli parlimen JVP, Anura Dissayanke memberitahu wartawan di Colombo. – AFP

    Pembantah memegang pemidang dan pelekat semasa demonstrasi terhadap kenaikan harga dan kekurangan bekalan minyak serta komoditi penting lain di Colombo, 4 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...