NAIROBI, Kenya, 9 Ogos – Ketua pembangkang Kenya, Raila Odinga hari ini mendakwa satu penipuan berlaku dalam pilihan raya umum negara itu, mengatakan penggodam-penggodam menyusup ke dalam pangkalan data suruhanjaya pilihan raya negara itu dan memanipulasi keputusan-keputusan yang digelarnya satu “serangan pada demokrasi kita”.
Tuduhan-tuduhan Odinga itu berikutan keluarnya keputusan-keputusan pilihan raya menunjukkan undian Presiden Uhuru Kenyatta berada jauh di depan berbanding ketua pembangkang yang diambil dari stesen-stesen undian utama.
“Para penggodam mendapat kemasukan ke dalam pangkalan data pilihan raya kami” dan “mencipta ralat-ralat,” kata Odinga pada satu sidang media.
“Anda hanya akan boleh menipu rakyat untuk berapa lama,” ketua pembangkang itu berkata. “Pilihan raya umum 2017 adalah satu penipuan.”
Odingo juga bertanding dengan Kenyatta dalam undian 2013 dan tidak berjaya mencabar keputusan-keputusan dalam mahkamah dengan tuduhan mengganggu undian.

Tokoh pembangkang veteran itu juga bertanding dalam pilihan raya 2007 yang diikuti dengan kekejaman didorong oleh divisyen-divisyen etnik yang membunuh lebih daripada 1,000 orang.
Awal hari ini, kem Odingo mengkritik suruhanjaya pilihan raya kerana mengeluarkan data dalam pilihan raya presiden itu namun gagal untuk menyiarkan maklumat mengenai pihak mana yang telah dikira.
Para pegawai pilihan raya mengiktiraf bantahan pembangkang itu, namun mempertahankan tindakan-tindakan mereka.
“Kami percaya bahawa dengan memaparkan keputusan-keputusan, kami telah membuat dengan baik untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti proses pilihan raya, konsisten dengan komitmen suruhanjaya yang telah dibuat untuk orang-orang Kenya,” kata pesuruhjaya Consalata Bucha Nkatha Maina, timbalan pengerusi suruhanjaya pilihan raya.
Seorang pegawai tinggi di Parti Jubli Kenyatta berkata kritikan pembangkang terhadap proses pilihan raya itu tidak berasas.
“Sekali lagi, kami merayu kepada penduduk Kenya untuk bertenang, sekali kami mahu orang ramai untuk melihat pada angka itu dalam keadaan sedar,” kata pegawai itu, Rafael Tuju. “Keputusan-keputusan ini bukan datang dengan begitu saja, namun dengan fakta dan anda tidak boleh mendakwa keputusan-keputusan itu palsu jika menyebelahi presiden dan anda mengalu-alukan kawasan-kawasan di mana gabenor-gabenor dan ahli-ahli parlimen kamu menang. Kamu perlu menerima keputusan ini walau apa jua keputusannya.” – AP