Pembangkang Venezuela adakan mogok menentang Maduro

CARACAS, 23 Julai – Pembangkang Venezuela semalam mengadakan mogok umum 48 jam baru ke atas rancangan Presiden Nicolas Maduro yang ingin perlembagaan digubal semula sekali gus memberikannya kuasa yang lebih luas.

“Kami meminta semua rakyat Venezuela, semua kumpulan dalam masyarakat, untuk mengadakan mogok 48 jam pada Rabu dan Khamis,” kata penggubal undang-undang Simon Calzadilla.

Dengan anggota perarakan antikerajaan masih membanjiri jalan raya semalam, Calzadilla berkata mogok akan berakhir pada Jumaat dengan satu perarakan menuntut Maduro membatalkan pengundian Perhimpunan Pengundi yang dijadual diadkan pada 30 Julai.

Sebelum itu, polis yang menunggang motosikal menembak gas pemedih mata untuk meleraikan perarakan pembangkang di Mahkamah Agung untuk mendesak tuntutan yang meminta Maduro meletak jawatan, tatkala tunjuk perasaan anti-kerajaan tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan atau reda.

Anggota Pengawal Kebangsaan meminta jurugambar untuk meninggalkan kawasan itu semasa pertempuran dengan aktivis pembangkang berikutan perarakan ke arah Mahkamah Agung Keadilan (TSJ) dalam serangan terhadap Presiden Maduro pada 22 Julai 2017. - AFP
Anggota Pengawal Kebangsaan meminta jurugambar untuk meninggalkan kawasan itu semasa pertempuran dengan aktivis pembangkang berikutan perarakan ke arah Mahkamah Agung Keadilan (TSJ) dalam serangan terhadap Presiden Maduro pada 22 Julai 2017. – AFP

Rapat tersebut juga bertujuan menunjukkan sokongan kepada 33 majstret, mahkamah agung bayangan, di mana nama mereka dikemukakan pada Jumaat oleh pembangkang untuk mangganti mahkamah tinggi Venezuela, yang merupakan sekutu rapat Maduro dan sering membuat keputusan yang memihak beliau.

Susulan mogok seluruh negara pada Khamis yang melumpuhkan sebahagian daripada ibu negara Caracas dan bandar lain di Venezuela, pemimpin pembamgkang mengadakan majlis mengangkat sumpah olok-olok pada Jumaat untuk ‘hakim’ baru mahkamah bayangan.

Kebanyakan hakim mahkamah sebenar dilantik dengan tergesa-gesa sejurus sebelum parti pemerintah Maduro kehilangan majoritinya dalam kongres.

Mahkamah bayangan mempunyai sokongan padu daripada penunjuk perasaan, kata penganjur semalam. – AFP