Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangkang Venezuela dibebaskan dari tahanan rumah

    CARACAS, 9 Julai – Seorang tahanan politik paling terkenal di Venezuela, Leopoldo Lopez semalam berikrar akan meneruskan perjuangannya bagi kebebasan selepas dibebaskan dari penjara dan diletakkan di bawah tahanan dalam rumah.

    Langkah mengejutkan itu dibuat di tengah tekanan meningkat ke atas kerajaan Nicholas Maduro yang berhaluan kiri, dengan angka kematian bertambah dan kemusnahan dari bantahan jalan raya tidak henti-henti selama tiga bulan.

    Lopez, pemimpin parti Voluntad Popular dan simbol penentangan kerajaan Maduro, muncul beberapa jam selepas dibebaskan dari penjara dengan keadaannya yang nampak sihat dan gembira.

    Dia mengangkat genggaman tangannya ke udara, membuka bendera Venezuela dan memberitahu ramai penyokong yang berhimpun di luar. “Ya kita boleh.”

    “Saya menegaskan penentangan keras saya terhadap rejim ini,” kata Lopez dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh seorang ketua partinya, “Saya mengulangi komitmen saya untuk berjuang hingga menakluki kebebasan Venezuela.” –AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda