Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pembangunan holistik jamin kesejahteraan negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDARS ERI BEGAWAN, 25 FEB – Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Perasmian Pesidangan Musim Permesyuaratan ke-18 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), kelmarin, sangat relevan yang mana mengandungi elemen nasihat dan panduan memikul hasrat negara 2035.

    Pandangan itu diutarakan oleh ahli MMN, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad dalam usul menjunjung kasih pada hari pertama Persidangan Musim Permesyuaratan ke-18 MMN di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis hari ini.

    Beliau turut menyentuh mengenai RKN ke-12, yang mana ia satu aspek yang penting dalam pembangunan negara , lebih-lebih lagi melibatkan pembangunan fiskal negara secara strategik dan holistik dari segenap sudut.

    Ia juga melibatkan peranan aktif dalam pelbagai pihak untuk memastikan negara mampu untuk menjadi sebuah negara makmur dan berdaya tahan dari segi ekonomi, alam sekitar dan keseimbangan sosial untuk menjamin kesejahteraan negara keseluruhan.

    Selain itu, beliau juga menjelaskan mengenai antara ciri-ciri penting untuk mengadakan satu instrumen utama bagi menarik pelaburan untuk menjadikan persekitaran menjurus kepada mesra pelabur.

    “Ini secara langsung akan dapat membuka peluang pekerjaan kepada graduan yang sudah menamatkan pengajian mereka dan di sudut yang lain juga akan merancakkan lagi pertumbuhan peniaga tempatan,” ujarnya.

    Menyentuh mengenai hasil kajian Tabung Amanah Pekerja (TAP), beliau berharap ia akan menjadi satu penyelesaian terbaik yang akan dapat memberikan keselamatan sosial kepada penerima apabila mereka bersara nanti.

    Ia juga akan memberikan gambaran bahawa skim persaraan ini akan memberikan nafas baharu yang lebih komprehensif, inklusif, mampan dan lengkap agar dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.

    Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Sabli ketika membentangkan usul pada hari pertama Persidangan MMN di Bangunan Dewan Majlis, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...