Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pembantah bakar khemah penempatan

    WELLINGTON, 2 MAC – Pembantah anti vaksin New Zealand membakar khemah mereka sendiri di luar parlimen hari ini selepas polis rusuhan bertindak untuk menamatkan penempatan selama berminggu-minggu di luar bangunan itu.

    Polis mengabaikan langkah berlembut, dengan ratusan pegawai menggunakan perisai, penyembur lada dan jet air untuk memaksa pembantah agar berundur, yang bertindak balas dengan melontar botol, batu bata dan bom cat.

    Ketika pihak polis semakin menguasai kawasan penempatan pembantah di luar bangunan parlimen sejak tiga minggu lalu, pembantah bertindak membakar khemah mereka.

    “Ini belum berakhir,” jerit salah seorang pembantah, sementara yang lain melaungkan ‘malu terhadap tindakan kamu’ kepada polis dengan asap hitam tebal kelihatan di kawasan itu.

    Polis menggunakan meriam sonik yang sangat nyaring dan hos air tekanan tinggi untuk membantu meleraikan perkumpulan, meskipun mereka kembali berhimpun dan bertelagah dengan polis di jalan-jalan berhampiran memasuki waktu malam.

    Pembantah bersemuka dengan polis rusuhan selepas mereka tidak bersetuju dengan mandat vaksinasi koronavirus di New Zealand.- AFP

    Perdana Menteri, Jacinda Ardern menyokong tindakan keras pasukan keselamatan, dengan marah mengutuk keganasan sebagai ‘tidak menghormati’ kawasan parlimen.

    “Ia adalah serangan terhadap polis barisan hadapan, ia adalah serangan terhadap parlimen, ia adalah serangan terhadap nilai kita dan ia adalah salah,” dia memberitahu wartawan di parliament ketika rusuhan berterusan.

    Dia berkata rusuhan yang bermula dengan gerakan menentang mandat vaksin koronavirus – diinspirasi oleh bantahan serupa di Kanada – bertukar ganas dan tindakan pembantah adalah ‘memalukan’.

    Ardern berkata pembantah diwakili oleh kumpulan kecil yang ekstrem dan dipengaruhi oleh teori konspirasi dan penyelewangan maklumat.

    “Kita mengharungi perjalanan yang sukar di hadapan kita, untuk menangani punca apa yang kita saksikan di sini hari ini – namun untuk berbuat demikian, kami tidak akan membenarkannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...