Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Pembantah berkumpul di pejabat presiden

    COLOMBO, SRI LANKA, 10 APRIL – Para pembantah Sri Lanka mengerumuni pintu masuk ke pejabat presiden buat hari kedua hari ini, menuntut peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa berhubung krisis ekonomi terburuk dalam sejarah negara yang dilanda hutang itu.

    Ratusan penunjuk perasaan menempuh hujan lebat menyarungkan baju hujan dan berpayung serta melaungkan slogan antikerajaan.

    Beberapa daripadanya menggesa keseluruhan parlimen untuk dibubarkan bagi memberi peluang kepada kepimpinan muda.

    “Kami tidak akan berganjak dari sini, kami akan pergi hanya bila kami mengusir mereka keluar,” kata bekas tentera berusia 32 tahun, Sanjeewa Pushpakumara, mengatakan mengenai Rajapaksa, keluarga berpengaruhnya dan semua ahli perundangan.

    Pushpakumara berkata dia ikut serta dalam peringkat akhir perang saudara Sri Lanka bersama pemberontak etnik Tamil, yang tentera kerajaan menangi pada 2009 selepas dua setengah dekad.

    Penduduk Sri Lanka menuntut peletakan jawatan presiden Gotabaya Rajapaksa berhubung krisis ekonomi negara tersebut. – AP

    “Kami akan menghantar mereka pulang, merampas semula wang rakyat dan menghantar mereka ke penjara,” katanya lagi.

    Menurutnya, keluarga berkenaan telah memusnahkan negara yang mereka telah selamatkan dan amat sedih melihat tentera dan polis melindungi mereka.

    Para penyokong mengagihkan makanan, air dan baju hujan kepada para pembantah.

    Negara itu diambang kebankrapan, menanggung hutang asing berjumlah AS$25 bilion – hampir AS$7 bilion tertunggak tahun ini – dan rizab asing semakin susut.

    Rundingan bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijangka berlangsung bulan ini dan kerajaan telah beralih kepada China dan India bagi pinjaman kecemasan untuk membeli makanan dan minyak.

    Selama berbulan-bulan, penduduk Sri Lanka telah berbaris panjang untuk membeli minyak, gas memasak, makanan dan ubat-ubatan, kebanyakannya didatangkan dari negara luar dan dibayar menggunakan mata wang kukuh.

    Kekurangan minyak telah menyebabkan pemotongan bekalan tenaga yang hanya mampu bertahan beberapa jam sehari. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...