ST LOUIS, 17 Sept – Para pembantah bertambah agresif pada malam kedua berhampiran St. Louis berikutan pembebasan bekas pegawai polis yang terbabit dalam penembakan maut seorang lelaki hitam, ketika sekumpulan kecil penunjuk perasaan enggan bersurai, memecahkan tingkap di puluhan buah premis perniagaan dan melontarkan objek ke arah anggota polis, yang bergerak bersama ratusan pegawai dalam alat rusuhan untuk membuat penangkapan.
Konfrontasi berlaku lewat malam semalam di kawasan Delmar Loop, University City, sub bandar kira-kira 16km barat St. Louis berhampiran Universiti Washington. Kawasan itu dikenali bagi tempat pertunjukan konsert, restoran, kedai-kedai dan bar termasuk kelab Blueberry Hill tempat legenda rock, Chuck Berry membuat persembahan bertahun lamanya.
University City telah menjadi tempat ketegangan namun perarakan tenang pada awal semalam untuk membantah keputusan hakim pada Jumaat yang melepaskan kes bunuh tahap pertama bekas pegawai polis Jason Stockley dalam penembakan 2011 ke atas Anthony Lamar Smith berusia 24 tahun.
Perarakan berakhir dengan penganjur menggesa orang ramai untuk beredar dan berkumpul semula petang tadi. – AFP
