Pembantah tegar terus berkubu dalam PolyU

HONG KONG, 20 NOV – Berpuluh-puluh pembantah pro-demokrasi berdiri teguh dalam kampus Hong Kong yang dikepung hari ini, dengan tanda ‘SOS’ dipamerkan ketika polis mengatakan mereka menangkap 700 orang semenjak universiti itu menjadi pusat konfrontasi paling tegang dalam krisis enam bulan di bandar raya itu.

Konfrontasi empat hari antara pembantah dan polis di Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU) turut merebak ke luar negara, dengan pejabat hak asasi manusia PBB menggesa penyelesaian damai, manakala senat AS meluluskan satu rang undang-undang menyokong tuntutan pembantah.

Fokus protes anti-China hampir enam bulan yang semakin ganas beralih ke kampus PolyU, terletak tidak jauh dari pelabuhan bandar itu, di mana pembantah tegar menghalang polis rusuhan dengan serangan menggunakan koktel Molotov, batu-bata dan panah.

Tujuh ratus orang sudah pun ditahan manakala 300 lagi dilepaskan di sepanjang ‘insiden PolyU’ kata ketua superintenden polis, Ricky Ho kepada wartawan lewat hari. – AFP