JAKARTA, INDONESIA, 14 OKT – Ribuan Muslim konservatif berarak di bandar Indonesia kelmarin menuntut kerajaan untuk membatalkan undang-undang baharu yang mereka katakan akan melumpuhkan hak buruh, dengan beberapa daripadanya bertempur dengan polis.
Pihak berkuasa menyekat jalan menuju ke Istana Presiden di Jakarta, di mana pertempuran antara polis rusuhan dan penunjuk perasaan melontar batu, termasuk pekerja dan pelajar, meletus Khamis lalu.
Pembantah bertukar ganas di beberapa buah bandar di seluruh negara Islam itu, namun di Jakarta mulai tenang empat hari yang lalu.
Kelmarin, jalan-jalan Jakarta yang biasanya penuh sesak hampir kosong ketiadaan kereta, kedutaan-kedutaan dan banyak perniagaan ditutup pada hari tersebut selepas beberapa kumpulan Islam mengumumkan yang mereka akan mengadakan bantahan. – AP