Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Pembantu peribadi bekas PM Pakistan dimasukkan ke hospital, didakwa diseksa

-

NEW DELHI, 18 OGOS – Pembantu peribadi bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan Shahbaz Gill dimasukkan ke hospital di Islamabad pada malam Rabu susulan dakwaan diseksa ketika berada dalam tahanan polis.

Gill, merupakan pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), telah ditahan polis pada 9 Ogos di Islamabad berikutan kenyataan kontroversinya mengenai tentera menerusi siaran di televisyen.

Imran dan pemimpin tertinggi PTI mendakwa Gill telah dibogelkan dan diseksa selepas penahanannya.

Seorang hakim mahkamah rendah Islamabad pada Rabu meluluskan reman ke atas Gill dilanjutkan dua hari lagi untuk soal siasat.

Kesihatannya kini dilaporkan merosot dan Gill dibawa ke hospital.

Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan keadaan Gill diusung di atas pengusung sambil memakai alat bantuan pernafasan.

Imran mendakwa “keadaan kesihatan mental dan fizikal Gill semakin merosot akibat penyeksaan yang dilakukan terhadap beliau” ketika dalam tahanan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -