HONG KONG, 18 FEB – Pembantu rumah asing di Hong Kong telah ‘diabaikan’ semasa gelombang koronavirus ketika ini yang melanda bandar itu, dengan sebilangannya dipaksa untuk tidur di kawasan yang tidak selesa atau tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan selepas disahkan positif, menurut amaran badan amal hari ini.
Hab kewangan China itu ketika ini bergelut dengan penularan koronavirus paling teruk, mencatatkan ribuan kes yang disahkan dalam masa sehari dengan hospital kini mencapai had kapasitinya.
Penduduk Hong Kong tinggal di salah sebuah bandar paling padat di dunia dan mengharapkan kira-kira 370,000 pembantu rumah asing, sebahagian besarnya adalah wanita dari Filipina dan Indonesia untuk memasak, membersih dan menjaga keluarga.
Pembantu rumah asing dimestikan untuk tinggal bersama majikan mereka, tidak dapat menukar pekerjaan dengan mudah, dan hanya diberikan cuti sehari dalam seminggu.
Beberapa orang pekerja telah diberhentikan oleh majikan setelah disahkan positif, memaksa mereka untuk tidur di luar.
Selain itu, ada yang tidak diberikan rawatan di hospital kerana mereka telah kehilangan pekerjaan.
Eni Lestari, pembantu rumah warga Indonesia dan seorang aktivis, berkata rakannya menjadi ‘barisan hadapan’ keluarga sepanjang pandemik. – AFP