Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pembantu rumah dijangkiti COVID-19, Aurel Hermansyah cemas menunggu hari bersalin

    Menunggu hari menyambut kelahiran anak pertama, pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah berdepan dengan situasi cemas apabila beberapa orang pembantu rumah mereka disahkan positif COVID-19.

    “Sudah tiada pembantu rumah sayang, semua sakit disebabkan COVID-19.

    “Sekarang semua pembantu telah dikuarantin di tempat lain,” ujar Atta menjawab pertanyaan isteri apabila melihat rumah mereka sunyi dalam sebuah video yang dikongsinya.

    Melihat keadaan itu, Aurel mula merasa bimbang dan meminta supaya dia berpindah buat sementara waktu ke rumah bapanya iaitu penyanyi dan komposer Anang Hermansyah.

    “Bagaimana kalau saya sudah mahu bersalin dan tidak ada pembantu?

    “Saya tinggal di tempat Bunda (Ashanty) buat sementara,” kata Aurel.

    Atta dan Aurel bernikah pada April 2021. Perjalanan hidup dua selebriti ini sering menjadi perhatian umum. Apa lagi Aurel adalah anak kepada penyanyi terkenal Krisdayanti hasil perkahwinan pertama dengan Anang. Persiapan menyambut anak pertama mereka juga sudah dilakukan oleh Atta. – Agensi

    Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah cemas apabila pembantu rumah disahkan positif COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...