Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

 Pembantu rumah India perlukan kontrak sosial baru

NEW DELHI – Kerja macam nak mati tetapi upahnya kecil. Itulah kehidupan pembantu rumah India dan kebanyakan mereka sudah menerima hakikat nasib mereka.

Tukang cuci, tukang masak dan pembantu rumah dan ramai lagi yang mencari nafkah di kediaman golongan pertengahan dan hartawan di bandar utama India meneruskan sahaja rutin kehidupan mereka tanpa banyak cerita. Ini kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka jika menyuarakan sebarang rungutan tentang keadaan bekerja yang teruk.

Bagaimanapun, keadaan bekerja pembantu rumah perlu diperbaiki sekiranya India mahu mengelakkan ketegangan sosial yang serius pada masa hadapan.  Ini kerana pertumbuhan ekonomi negara ini yang berkembang pesat semakin menukar gaya hidup masyarakat India dan menyebabkan jurang antara kelas masyarakat di negara ini semakin meluas.

 Akibat masalah ini boleh dilihat apabila berlaku rusuhan keganasan beberapa hari lain di kawasan kediaman mewah di Noida, satu daripada bandar satelit Delhi. Menurut laporan media tempatan, seorang pembantu rumah didakwa dipukul dan ditahan di kediaman majikannya. Apabila pembantu rumah itu dilaporkan ‘hilang’, sekumpulan orang dari masyarakatnya mengepung kawasan kediaman majikan perempuan itu.

Kumpulan itu dilaporkan membaling batu sehingga merosakkan hartanah. Keganasan yang berlaku itu boleh mencetuskan keadaan yang lebih teruk.

Keadaan bekerja pembantu rumah perlu diperbaiki sekiranya India mahu mengelakkan ketegangan sosial yang serius pada masa hadapan.  Ini kerana pertumbuhan ekonomi negara ini yang berkembang pesat semakin menukar gaya hidup masyarakat India dan menyebabkan jurang antara kelas masyarakat di negara ini semakin meluas.

Isu penganiayaan pekerja domestik antara contoh masalah buruh paksa di kawasan bandar dan desa India.  Menurut Indeks Penghambaan Global 2016 kumpulan hak asasi manusia, Walk Free Foundation, terdapat 18.4 juta hamba di India. Angka itu adalah 40 peratus daripada jumlah yang ada di seluruh dunia.
Isu penganiayaan pekerja domestik antara contoh masalah buruh paksa di kawasan bandar dan desa India.  Menurut Indeks Penghambaan Global 2016 kumpulan hak asasi manusia, Walk Free Foundation, terdapat 18.4 juta hamba di India. Angka itu adalah 40 peratus daripada jumlah yang ada di seluruh dunia.
Tukang cuci, tukang masak dan pembantu rumah dan ramai lagi yang mencari nafkah di kediaman golongan pertengahan dan hartawan di bandar utama India meneruskan sahaja rutin kehidupan mereka tanpa banyak cerita. Ini kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka jika menyuarakan sebarang rungutan tentang keadaan bekerja yang teruk.
Tukang cuci, tukang masak dan pembantu rumah dan ramai lagi yang mencari nafkah di kediaman golongan pertengahan dan hartawan di bandar utama India meneruskan sahaja rutin kehidupan mereka tanpa banyak cerita. Ini kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka jika menyuarakan sebarang rungutan tentang keadaan bekerja yang teruk.

“Kami terhutang budi dengan pengawal keselamatan kami yang sanggup melindungi keselamatan kami sekeluarga. Mereka berjaya menyekat kumpulan perusuh itu daripada melakukan kerosakan yang lebih buruk kepada masyarakat sekitar.

“Mereka juga membantu keluarga yang menjadi sasaran meninggalkan kawasan kediaman mereka,”  seorang penduduk dipetik sebagai berkata.

Terdapat beberapa laporan media yang berbeza tentang kejadian keganasan itu tetapi apa yang berlaku sekali lagi menampakkan jurang ekonomi yang semakin besar antara masyarakat kasta di India.

Seperti pembantu rumah itu, pengawal keselamatan yang dipercayai melingungi penghuni kediaman mewah itu juga berasal dari kelas berpendapatan rendah. Mereka ini adalah antara jutaan pekerja yang berkhidmat dalam sektor tidak rasmi termasuk buruh pembinaan, kuli dan penjaja. Satu lagi kumpulan pekerja sektor tidak rasmi ialah pemandu kereta tetapi keadaan bekerja serta kewangan mereka semakin meningkat. Sebahagian besarnya kerana kemunculan perkhidmatan teksi dalam talian yang membolehkan mereka yang mempunyai kemahiran memandu boleh bekerja sendiri dan memilih sendiri waktu bekerja.

Keadaan kaum perempuan yang bekerja di kediaman peribadi adalah perkara yang perlu diberi perhatian berat. Kebanyakan mereka hampir langsung tidak mempunyai pendidikan dan mudah menjadi mangsa penganiayaan dan eksploitasi. Mereka ini adalah sumber buruh murah untuk pegawai kerajaan, golongan profesional atau ahli perniagaan yang tinggal di bandar besar.

Isu penganiayaan pekerja domestik antara contoh masalah buruh paksa di kawasan bandar dan desa India.  Menurut Indeks Penghambaan Global 2016 kumpulan hak asasi manusia, Walk Free Foundation, terdapat 18.4 juta hamba di India. Angka itu adalah 40 peratus daripada jumlah yang ada di seluruh dunia.

Kebanyakan pekerja domestik India itu yang berasal dari kampung dan bandar kecil tinggal di kawasan setinggan di bandar. Ada yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Mereka ini terpaksa menerima apa sahaja kerja meskipun dengan upah yang kecil untuk kelangsungan hidup.

Menurut satu tinjuauan yang dibuat di bandar seperti Delhi, Mumbai, Kolkata, Chennai, Ahmedabad, Hyderabad dan Bangalore, kebanyakan pembantu rumah mendapat upah kurang daripada Rs 9,000 (AS$139) sebulan. Kebanyakannya mempunyai waktu bekerja yang panjang tanpa sebarang hari cuti.

Bagaimanapun, tidak adil untuk menyatakan semua yang mempunyai pembantu rumah kedekut dan mengeksploit pekerja mereka. Ada juga majikan yang mengambil berat kepentingan pekerja mereka tetapi kebaikan hati individu seperti itu tidak boleh menutup nasib malang yang ditanggung pekerja lain yang memerlukan pembelaan. – Bernama

Artikel sebelum iniFilem RINA2 dilancar
Artikel seterusnyaJamaica mahu tumbangkan AS
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -