Pembantu rumah tarik balik pengakuan curi telefon majikan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, telah membenarkan penarikan balik pengakuan seorang pembantu rumah warganegara Indonesia yang pada mulanya mengaku bersalah mencuri telefon bimbit majikannya.

Satriani yang berusia 25 tahun menjelaskan bahawa dia telah mengambil telefon bimbit majikannya untuk membuat majikannya marah dan menyerahkannya kembali, di mana ia telah mendorong mahkamah untuk mengizinkan permohonan penarikan balik tersebut.

Pendakwaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli menyatakan bahawa tertuduh telah mencuri telefon berkenaan di sebuah rumah di Kampung Tanjong Nangka kira-kira antara Julai hingga 10 Ogos lalu.

Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman menangguhkan kes sehingga 22 Ogos depan bagi menentukan tarikh perbicaraan.