Pembasmian hutan pacu kepanasan bahaya di Indonesia – Kajian

PARIS, 11 NOV – Pembasmian hutan dan pemanasan global di salah satu wilayah Indonesia menyebabkan suhu meningkat hampir seluruh darjah Celsius dalam masa 16 tahun, membawa kepada 8 peratus peningkatan dalam kematian, menurut kajian, kelmarin.

Laporan yang disiarkan oleh Lancet Planetary Health memberi tanggapan luar biasa ke atas bagaimana pemanasan global dan pembasmian hutan boleh menjejaskan cara hidup masyarakat di salah satu rantau paling terdedah di dunia.

“Kepanasan daripada pembasmian hutan dan perubahan iklim telah membunuh pekerja di negara-negara hutan tropika dan mengurangkan keupayaan untuk bekerja dengan selamat,” kata ketua pengarang, Nicholas Wolff dari Nature Conservancy memberitahu AFP.

Dengan sumber bertumpu di negara-negara berkembang, kajian mengenai kesan pemanasan global ke atas kesihatan dan kematian sebahagian besarnya menumpu di utara global.

“Adanya kekurangan kajian sebenar jika melihat pada impak ke atas mereka yang paling terdedah pada perubahan iklim dan mereka yang kurang bertanggungjawab,” kata Wolff. – AFP