‘Pembatalan Olimpik’ hantui Tokyo

TOKYO, 23 JULAI – Jepun mengadakan perayaan yang tenang semalam untuk menandakan satu tahun lagi hingga upacara Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguhkan, bermula dengan pandemik COVID-19 terus menimbulkan kebimbangan mengenai apakah Sukan Olimpik itu akan diteruskan atau sebaliknya.

Di Tokyo, yang seharusnya dipenuhi oleh ribuan atlet dan peminat sekarang, penganjur akan mengadakan acara kecil di Stadium Nasional yang kosong setelah orang ramai dilarang membuat perkumpulan ramai berikutan lonjakan kes jangkitan baharu.

Papan perkiraan hari Olimpik telah diset semula dalam suasana yang sunyi di sekitar ibu kota Tokyo, di mana papan-padan tanda perkiraan digital menunjukkan 365 hari lagi untuk acara Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun terdapat spekulasi dan bantahan terhadap meneruskan sukan itu, para pegawai Olimpik Jepun tidak putus asa untuk berusaha meneruskan Sukan Olimpik itu, dengan menyampaikan mesej sebagai simbol dunia akan pulih dari virus tersebut.

“Ia akan menjadi perhimpunan besar pertama di seluruh dunia setelah COVID-19 melanda,” kata Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach minggu lalu.

Walau bagaimanapun, para pakar dan pegawai, termasuk Bach dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah menaikkan prospek pembatalan pertama kali secara damai bagi sukan yang bernilai berbilion dolar itu jika wabak itu tidak dapat dikawal pada tahun depan.

Keputusan bersejarah pada bulan Mac lalu untuk menunda temasya Sukan Olimpik muncul ketika penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang menyebabkan penutupan dan sekatan serta memaksa pembatalan semua acara sukan, pertandingan kelayakan dan menjalani ujian virus secara besar-besaran.

Sejak itu, sekatan telah semakin dilonggarkan di sebahagian besar Eropah kerana jangkitan dan kematian akibat virus itu semakin menurun, tetapi beberapa tempat lain termasuk di Amerika Syarikat, Brazil dan India masih menunjukkan peningkatan terhadap jangkitan wabak itu.

Beberapa tempat telah menarik balik sekatan yang telah berakhir, virus itu boleh merebak kembali yang menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan kejadian itu boleh terjadi jika puluhan ribu orang datang dari seluruh dunia ke Tokyo. – AFP

Seorang wanita yang memakai penutup mulut dan hidung melintasi papan perkiraan hari sebelum Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo pada 23 Julai. – AFP